Batuk seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di
tekak. Ia adalah salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap
dideritai oleh kaum Adam berbanding wanita.
Biasanya kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka
meneran atau menahan batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal.
Golongan lelaki yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah
perokok tegar yang berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.
Di Malaysia, sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang
aktif dan 75 peratus daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser
paru-paru.
Pakar Radiologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah
berkata, punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat
merokok, suasana di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau
faktor keturunan.
"Kebanyakan perokok yang aktif merokok berisiko tinggi untuk mendapat
kanser paru-paru dan ini selalu dikaitkan dengan lelaki, manakala
perempuan peratusannya sedikit rendah.
"Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok.
"Antara simptom-simptom lain yang dapat dikenal pasti jika pesakit
membuat rawatan awal ialah penurunan berat badan, selera makan
berkurang, demam, warna kuku berubah menjadi kebiruan dan batuk
berdarah," katanya.
Menurut Dr. Sivakumaran, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor pakar
pada peringkat awal untuk mengenal pasti jenis batuk bagi mengelakkan
berlakunya batuk berdarah seterusnya mendapat kanser paru-paru.
Pesakit yang tidak mengambil langkah-langkah awal jelasnya, dikhuatiri hanya mempunyai 30 peratus sahaja peluang untuk hidup.
Katanya, walau untuk tujuan apa sekalipun, merokok pastinya
menimbulkan banyak masalah kepada manusia bukan sahaja dari aspek
kesihatan malah sosial.
"Perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah
kepada risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan
termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin
dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala," katanya.
Imbas kanser
Justeru itu, atas kesedaran masyarakat setempat, Pusat Perubatan
Tropicana Kota Damansara kini membuat satu kempen rawatan pengimbasan
kanser paru-paru bagi mereka yang berumur lingkungan 50-70 tahun bermula
16 Mei lalu sehingga 16 November ini.
Pesakit juga akan mendapat tawaran harga istimewa di mana harga biasa
sebelum ini ialah RM400 tetapi kini mereka yang berminat untuk
melakukan imbasan hanya perlu membayar RM115 sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03- 62871111 untuk mendapatkan sebarang keterangan.
No comments:
Post a Comment