Thursday, 15 September 2011

Rakyat Padang Terap Perlukan Perubahan.

Sejak Parlimen Padang Terap di kuasai oleh Pas, Daerah Padang Terap kini semakin mundur dari segi prasarana. Apa yang tinggal kini hanyalah projek-projek tinggalan BN sewaktu UMNO memerintah Kedah. YB Nasir Zakaria(PAS) kini dilihat seperti " berpeluk tubuh" dan terleka dengan arus kuasa politik yang di miliki hingga lupa dan alpa pada kesusahan yang di tanggung oleh rakyat Padang Terap. Zul yakin seluruh warga Padang Terap menginginkan pelbagai prasarana yang lebih hebat menuju status Negara Maju 2020. Justeru rakyat perlu Sedar, dengan ceramah politik yang dianjurkan oleh PAS tidak akan menguntungkan kita, malah idealogi fitnah yang dilemparkan oleh PAS boleh merosakkan perpaduan di antara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berganding bahu memajukan Malaysia supaya pewaris kita suatu ketika nanti akan menjadi modal insan yang berguna kepada AGAMA,NUSA DAN BANGSA. Jangalah biarkan mereka hidup sengsara di atas perpecahan yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment