Tuesday 8 November 2011

APA NAK JADI DENGAN PR KEDAH NI ??

APA NAK JADI DENGAN PR KEDAH NI ??

Keyakinan dan harapan rakyat untuk melihat Kedah kembali ke pangkuan Barisan Nasional  semakin ketara. Dengan pelbagai isu yang semakin hari semakin bertambah, Pas dilihat semakin panas berada di puncak pentadbiran Negeri Kedah. Hari demi hari rakyat semakin menghitung hari menunggu PRU-13, mana tak nya, rakyat mula jemu dan meluat dengan manifesto syok sendiri mereka tu.. hanya yg terbaik adalah Pakatan Rakyat, yang buruk adalah Barisan Nasional. Tetapi kini rakyat Kedah sudah sedar hanya UMNO dan BN yang dapat membela nasib mereka. Dari pentadbiran hinggalah puncuk pimpinan di daerah mahupun kampung tak senang duduk dibuatnya apabila manifesto syok sendiri yang mereka laungkan pada PRU-12 yang lalu hingga kini hanya tinggal sejarah. 


         
Laungan KEDAH SEJAHTERA sebenarnya adalah mainan bibir mereka sahaja, di sebabkan terlalu sejahtera rakyat menanggung kesengsaraan. Kemajuan dan hak rakyat terus di abaikan. Pembalakan haram terus direncanakan, pembohongan demi pembohongan terus di naik tarafkan, apa nk jadi? Sampai bila nak sejahtera kalau pembangunan dan kemajuan terus di alpakan?. Rakyat harus sedar, sepanjang pemerintahan mereka, apa yang kita perolehi,hanya mendengar ceramah fitnah mereka? Adakah itu membawa kebaikan kepada kita?
Lain pula Di Padang Terap, PAS dan Terap Care sudah menghalalkan apa yang haram bagi mereka dulu. Penganjuran konsert anak muda pada 23.10.2011 di Pekan Naka telah menunjukkan belang mereka, bahawa apa yang haram dahulu kini menjadi halal demi memungut dan meraih sokongan dari anak muda, biarpun ia bertentangan dengan prinsip parti mereka dahulu.
PAS satu ketika dahulu mengutuk dan mengkeji program terbitan TV3 iaitu “JOM HEBOH”, kononya program ini adalah salah satu program maksiat, dan boleh meruntuhkan akhlak anak muda kita pada masa ini, tetapi lain pula agendanya apabila PAS sendiri menganjurkan konsert sedemikian di Dewan Pekan Naka. Selepas keesokkan harinya ada pihak menemui botol arak, plastic air daun ketom dan botol gam, adakah ini yang di namakan konsert keagamaan yang di laungkan oleh PAS Padang Terap?? ..
          Justeru , adakah kita mahu parti yang sedemikian memerintah Negara kita?, mereka sanggup menghalalkan apa yang haram demi mendapatkan kuasa?, jika diimbas kembali,hasrat Pakatan Rakyat ialah melelong Putrajaya yang kononya projek ini adalah projek yang merugikan duit rakyat, kini PUTRAJAYA MENJADI IDAMAN PAKATAN RAKYAT.
SEJAHTERA DI RANAP, GEMILANG DI KEMBALIKAN.

UMNO MENANG,KEDAH SENANG

JOM KALIH KEDAH PADA PRU-13 NANTI.

 info_SAHABAT CYBER TROOPERS PEWARIS PERJUANGAN UMNO

No comments:

Post a Comment