Saturday 14 April 2012

Kerjasama Alumni 4B Kedah bersama MARA


Kerjasama Alumni 4B Kedah bersama MARA
Baru- baru ini PPU di jemput untuk menghadiri mesyuarat ahli jawatankuasa  ALUMNI 4B KEDAH  serta kunjung hormat ke pejabat MARA Negeri Kedah bersama Tuan Pengarah MARA Negeri Kedah, kali 1/2012 pada 02 APRIL 2012(RABU) jam 2 petang bertempat di Pejabat MARA NEGERI KEDAH. Syabas dan tahniah PPU ucapkan kepada semua ahli Alumni 4B Kedah khusunya Pengerusi  Alumni  4B Kedah Encik Kamil Bin Munim kerana berjaya mengaturkan mesyuarat yang bergitu penting dan bermakna ini.
Alumni  4B merupakan sebuah badan NGO yang bergerak seiring bersama kerajaan bagi mengeratkan perpaduan dan masa depan  masyarakat Bumiputera . Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk membincangkan pelbagai hala tuju dan masa depan yang boleh diceburi  oleh golongan belia khususnya belia bumiputera di Malaysia.
Objektif utama mesyuarat tersebut adalah membincangkan program usahawan teknikal (PUTEK) yang  mula di laksanakan pada tahun 1996 iaitu tahun pertama dalam RMK 7. Perlaksanaannya adalah berterasakan kepada hasrat MARA dan kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan teknikal (technopreneurs) bumiputera seluruh Negara.
Banyak lagi perkara-perkara yang di bincangkan ,seperti latihan keusahawan, khidmat rundingcara, kemudahan pengeluaran skim latihan perantisan,program usahawan teknikal dan inkubator perkilangan bumiputera(INTEP) dan lain-lain lagi.
Tahniah dan syabas sekali lagi PPU ucapkan kepada MARA Negeri Kedah dan juga Alumni 4B Kedah kerana berjaya menjalinkan kerjasama bagi memperjuangkan masa depan anak-anak bangsa kita.
Pewaris Perjuangan UMNO 2:54 13/04/2012

No comments:

Post a Comment