Tuesday, 17 April 2012

SMP PADANG TERAP MEMANG PRIHATIN

Tahniah dah syabas PPU ucapkan kepada semua ahli Skuad Masyarakat Prihatin (SMP PADANG TERAP) kerana telah berjaya menganjurkan program gotong royong membersihkan kawasan rumah mangsa ribut yang telah berlaku pada 11/04/2012 yang lalu.

Program ini bukanlah program pertama SMP PADANG TERAP, tetapi ini adalah program tradisi SMP setiap kali bencana alam terjadi di Padang Terap , dan merekalah warga pertama yang sampai setiap kali terjadinya sesuatu bencana yang tidak di ingini.

Program gotong royong yang berlangsung pada hari ini turut dihadiri oleh  penaung SMP merangkap Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah En Badrol Hisham Bin Hashim.

Tahniah sekali lagi PPU ucapkan kepada semua  ahli SMP Padang Terap, moga kerja amalan ini terus dijalankan demi agama,masyarakat,bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment