Wednesday 9 May 2012

AMB Padang Terap

Angkatan Media Baru Padang Terap (AMB) telah berkunjung ke kediaman rasmi Dato Seri Mahazir Bin Khalid bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan Media Baru. Perbincangan selama 2 jam telah memberi kata putus bahawa Dato Seri Mahazir Bin Khalid ADUN PEDU merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia telah mengiktiraf AMB Padang Terap dan berjanji akan memberi kerjasama kepada AMB dalam apa jua perancangan yang akan AMB lakukan. AMB Padang Terap ditubuhkan adalah bertujuan untuk mempromosikan pelbagai aktiviti yang di lakukan di Daerah Padang Terap seperti program-program kemasyarakatan, hiburan tempatan, pelancongan, politik setempat, dan hal-hal lain yang berkaitan di Daerah Padang Terap. terima kasih kepada semua sahabat yang menyokong segala usaha AMB.

No comments:

Post a Comment