Menara Alor Setar dan Telekom Malaysia (TM) dengan kerjasama
Persatuan Muay Kedah (Maked) akan mengadakan Kejohanan Muay Antarabangsa
2012 Menara Alor Setar selama dua hari 15 dan 16 jun 2012.
Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam dan Acara Menara Alor
Setar, penganjuran kejohanan itu di Stadium Sultan Abdul Halim di sini,
bertujuan mempromosi Menara Alor Setar dan negeri Kedah sebagai lokasi
kejohanan muay bertaraf dunia.
Kejohanan itu akan disertai 20 orang termasuk dari Thailand, Sweden, Belanda, Brazil, Jerman dan Malaysia.
Menurut kenyataan itu, pelbagai aktiviti sampingan akan turut diadakan
seperti pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, persembahan audio
kereta dan acara ‘Fear Factor’.Majlis penutup bagi Kejohanan Muay itu dijadual disempurnakan anggota
Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan
Badlishah pada Sabtu malam.
Orang ramai dijemput datang menyaksikan kejohanan itu dan tiket
bernilai RM15, RM20 dan RM25 boleh dibeli di kaunter Menara Alor Setar
bermula hari ini dan Stadium Sultan Abdul Halim bermula 15.06.21012.
No comments:
Post a Comment