Thursday 28 June 2012

kenali PARTI yang dinamakan PAS ??

Di Malaysia, jemaah PAS telah menamakan partinya sebagai Parti Islam. Namun dari segi nama memang parti PAS adalah Parti Islam, tetapi ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Parti Islam yang sebenar itu tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap sebagai parti Islam atau Jemaah Islamiah yang hakiki.  Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Jemaah Islamiah yang sebenar dengan parti politik PAS.

Jemaah Islamiah atau parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut tertakluk kepada ciri-cirinya. Kalau namanya sahaja lslam sedangkan dasar, uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Jemaah Islamiah atau Parti lslam. Oleh itu, kita jangan mudah keliru dengan label lslam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada amalan harian pemimpin serta anggota-anggota parti berkenaan.

Sejak akhir-akhir ini, PAS berani mendakwa yang ia adalah "Parti Islam". Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada yang mereka namakan ulama dan pemimpin PAS kini.  Pada peringkat awal Penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS adalah merupakan pakatan orang-orang Islam sahaja, padahal minda dan syakhsiah peribadi pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong PAS sekarang.

Memang semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah.  Tetapi kebenaran adalah milik Allah, pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.

Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang kenapakah parti PAS ditubuhkan?  Selepas itu, kita mengkaji pula cara-cara perjalanannya, adakah ia sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya?

Sesungguhnya pada hakikat keadaan penubuhan parti PAS tidak lebih daripada hanya sebuah organisasi serpihan UMNO. Ia sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain.  Adalah dimaklumkan, walaupun parti PAS dicipta atas kehendak sedemikian, namun jikalau parti PAS dapat memenuhi ciri-ciri Parti Islam tulen sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah s.wt. maka ia juga boleh dianggap Jemaah Islamiah.

Apa yang jelas ialah, organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi.  Tindak-tanduknya juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasulullah s.a.w atau mengikut ijma'fi'li (perbuatan para sahabat Nabi s. a. w.). Untuk itu marilah kita sama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri Jemaah Islam tulen.

Mengenal Parti PAS

Perjuangan parti PAS bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumahtangga Muslim.  Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir, yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah tertegak negara Islam.

Satu ketika dulu gendang "hukum hudud" dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain.  Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendah orang lain, menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut dan menentang lslam.  Mereka sengaja melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang lslam tidak boleh menghina kumpulan atau individu lain, kerana mungkin kumpulan mereka lebih baik.  Mereka juga lupa kepada arahan Allah agar jangan memaki-hamun walaupun kepada berhala yang disembah oleh orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga hikmat-hikmat lain. Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusia yang sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin PAS?

Ayat al-Qumran yang melarang daripada memaki orang lain.
Maksudnya:
" Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki/mencerca Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah al-An'aam ayat 108)

Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.
Maksudnya:
" Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri (maksudnya ialah mencela antara sesama mukmin kerana orang-orang mukmin laksana satu tubuh) dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman (maksud panggilan buruk ialah gelaran yang tidak disukai oleh orang yang digelari, seperti satu panggilan kepada orang yang sudah beriman dengan panggilan seperti : hai fasik, hai kafir dan sebagainya) dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat ayat 11)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."  (Surah al-Hujurat ayat 12)

Ayat Allah menyuruh bercakap haik.
Maksudnya:

"Perkataan yang baik dan memaaflon (kesilapan mereka)

No comments:

Post a Comment