Kembara Rasulullah ke alam lain perkuat lagi akidah mengenai kepercayaan ghaib, perintah solatKINI selepas 40 tahun angkasawan Niel Amrstrong bersama Apollo 11,
menjejakkan kaki ke bulan, masih banyak lagi rahsia langit yang tidak
diketahui akal fikiran manusia. Malah akal tidak mampu untuk memikirkan
sesuatu kecuali berdasarkan apa yang dapat dicapai pancaindera. Justeru,
wahyu dan pertolongan Allah SWT saja yang boleh merungkai segala rahsia
alam.Contohnya peristiwa kembara agung Rasulullah SAW ke
langit menjadi bukti kepada orang beriman betapa Allah Maha berkuasa
menjemput kekasihnya, Nabi Muhammad SAW menerusi perjalanan menakjubkan
daripada Masjidil Haram di Makkah, melalui ruang udara Madinah kemudian
menuju ke Baitul Maqdis di Palestin, lalu dibawa naik melepasi langit ke
tujuh dalam satu malam bertemu zat Allah SWT Yang Maha Mulia.Peristiwa menghairankan ini dirakamkan oleh Allah SWT dalam firmannya yang bermaksud;
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam
hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang
Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda
(kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)
Sehubungan
dengan itu, umat Islam diingatkan agar tidak menjadikan peristiwa ini
sebagai acara tahunan yang hanya dipenuhi dengan sesi ceramah dan juadah
enak yang menyelerakan saja tanpa berusaha mengambil pelajaran daripada
kejadian itu. Banyak kewajipan agama sama ada yang tersurat mahupun
tersirat boleh dijadikan pedoman untuk manusia memperkuat keimanan dan
ketakwaan kepada Allah SWT. Antaranya ialah;
Wajib beriman dengan perkara ghaib
Peristiwa Israk Mikraj adalah peristiwa ghaib yang pernah menyebabkan
sebilangan masyarakat Arab murtad kerana tidak dapat menerima
perkhabaran disampaikan Nabi Muhammad SAW. Mana tidaknya, perjalanan
mengambil masa berbulan-bulan ditempuhi Baginda SAW tempoh satu malam.
Oleh itu, setiap umat Islam wajib percaya dengan perkara ghaib yang
menjadi asas tauhid kepada Allah SWT. Ia bukanlah sesuatu yang begitu
sukar kerana di dunia ini banyak perkara dibuktikan sains wujud tetapi
tidak terlihat pandangan mata kasar. Contohnya oksigen dihidu oleh
manusia setiap masa masih tidak diketahui hakikat sebenarnya.
Perintah wajib mengerjakan sembahyang � Ibadah sembahyang yang
difardhukan Allah SWT pada malam Israk dan Mikraj adalah suatu kaedah
unik yang diadaptasi daripada pelakuan malaikat bagi melaksanakan
tanggungjawab ibadah kepada Allah SWT. Setiap umat Islam wajib
melaksanakan perintah ini, dalam apa situasi tanpa sebarang persoalan.
Sembahyang lima waktu adalah tiang agama yang wajib dilaksanakan dengan
penuh rasa khusyuk sambil mengharapkan keredaan.
Wajib percaya dengan hari Kiamat
Sayugia difahami bahawa kehidupan dunia hanya sementara, seluruh
manusia akan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk dihisab segala
perlakuan ketika di dunia. Berdasarkan gambaran dunia laksana wanita tua
yang uzur dan tak berdaya yang dipertontonkan kepada Nabi Muhammad SAW
di malam Israk dan Mikraj, dunia kini di ambang kehancuran. Oleh itu
setiap orang Islam bukan saja wajib percaya dengan Hari Kiamat tetapi
diperintahkan untuk membuat persiapan berupa bekalan amal kebajikan bagi
menghadapi hari dahsyat itu. Individu Muslim disaran agar meletakkan
diri dalam realiti seorang pengembara dalam perjalanan bertemu Allah SWT
dengan membawa berbagai bekalan kebajikan semasa di dunia bagi mengelak
kesulitan untuk sampai ke destinasi yang dituju. Disamping itu
persembahan hadiah berupa amalan ibadah kepada Allah SWT juga mesti
disediakan agar beroleh kebahagiaan yang kekal lagi abadi.
Wajib percaya dengan azab Tuhan
Berbagai-bagai seksaan ditunjukkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam
perjalanan Israk dan Mikraj akibat perbuatan zina, makan riba', ingkar
menunaikan kewajipan sembahyang dan membayar zakat, selalu berdusta
serta pecah amanah membuktikan betapa Allah SWT Maha Berkuasa menghukum
hamba yang berdosa. Semua gambaran itu diharap menginsafkan umat Islam
agar sentiasa menjauhi perbuatan dosa.
Dari sudut lain,
gambaran kurnia Ilahi kepada satu kaum yang menanam tanaman dan menuai
pada hari sama seharusnya menjadikan individu Muslim memiliki semangat
juang tinggi terutama ketika berhadapan dengan syaitan.
Wajib percaya dengan qada dan qadar
No comments:
Post a Comment