Saturday, 16 June 2012

Persidangan Perwakilan Alumni 4B Negeri Kedah


Padang Terap – Persidangan Perwakilan Alumni 4B Negeri Kedah telah berjalan dengan jayanya.  Lebih dari seratus  ahli Alumni 4B di negeri Kedah berjaya di kumpulkan pada persidangan kali ini. Persidangan ini dirasmikan  oleh YBG. Dato Hj Hashim b. Subuh merangkap Naib Presiden Alumni 4B Malaysia dan di pengerusikan oleh En.Ahmad kamil Bin Munim yang merupakan Pengerusi Alumni 4B Negeri Kedah.
Sewaktu persidangan ini dijalankan,admin mendapati warga yang hadir pada persidangan ini begitu teruja apabila mereka bertemu semula dengan sahabat-sahabat seperjuangan mereka ketika dalam Gerakan Belia 4B Malaysia.
Persidangan kali ini amat bermakna apabila seramai 100 orang ahli baru dari Daerah Padang Terap telah menyerahkan borang keahlian Alumni 4B kepada YBG. Dato Hj Hashim b. Subuh (Naib Presiden) dan di saksikan oleh En Ahmad Kamil Bin Munim (Pengerusi).
Menurut En Ahmad Kamil “Pelbagai perancangan dan program bakal dilaksanakan bagi semua daerah di Kedah,kita akan pastikan di Padang Terap khususnya akan mencapai angka 1000 orang ahli baru”katanya dalam ucapan aluan persidangan  yang diadakan di Dewan Perdana Sek. Men.Keb Kuala Nerang, Kedah.
En Ahmad Kamil mengatakan lagi, jumlah ahli tertinggi Alumni 4B di Negeri Kedah adalah di Daerah Padang Terap, “kita akan pastikan semua daerah yang terlibat akan seimbangkan jumlah ahli baru di daerah mereka”.
Turut hadir pada persidangan ini wakil dari Merbok Pokok Sena dan Kuala Muda turut meluahkan rasa bangga terhadap semangat yang ditunjukkan, dan mereka berjanji akan bekerjasam dalam apa jua yang dilakukan oleh Alumni 4B Negeri Kedah dan Alumni 4B Malaysia.

No comments:

Post a Comment