Thursday 26 July 2012

Juadah seantero dunia

Kerjasama pakar di dapur pastinya menyajikan rasa enak kepada pelanggan.
 Aliran hidup masa kini menyebabkan ramai yang gemar berbuka puasa di luar berbanding di rumah. Mungkin disebabkan beberapa faktor seperti kesesakan lalu lintas, kepenatan apatah lagi jika pasangan masing-masing bekerja.

Apa salahnya jika sekali sekala dalam Ramadan, anda menikmati hidangan berbuka puasa di luar, kerana terdapat pelbagai pilihan juadah seantero dunia dengan hanya membayar satu harga.

Hotel Seri Pacific Tawar lebih 500 menu

Diketuai oleh Chef de Cuisine, Chef Saad Othman, pasukannya memberi sentuhan kreativiti kepada pelanggan bufet Ramadan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Menu Melayu tradisional seperti sayur pucuk ubi lemak pedas dengan tempoyak, Daging Berlada Deng- Deng, udang masak lemak bersama kacang panjang, batang keladi masak asam merupakan hidangan yang wajib dinikmati apabila berbuka puasa di sini.

Kambing panggang turut disediakan kepada pengunjung dan kepingan daging akan dihiris atas permintaan pelanggan bagi memelihara kesegarannya.

Hidangan lain termasuk sup gear box power, asam pedas, kari kepala ikan, sambal tumis kupang dengan bawang, perut lembu masak lemak rebung dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera anda.

Selain itu terdapat beberapa pilihan yang berkonsepkan gerai seperti noodles counter yang menawarkan pelbagai jenis pilihan mi dan laksa seperti mi rebus serta Laksa Johor.
Kepada penggemar manisan, terdapat pemilihan kuih Melayu dan puding sehingga penghilang dahaga kegemaran ramai air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.
Bagi menyegarkan tekak, anda boleh memilih minuman berjus kesukaan di Latar Kijang, Beverage Stesen.

Persembahan secara langsung daripada band muzik tetap hotel ini pasti memberididendangkan berunsurkan ketuhanan dan Aidilfi tri yang bakal menjelma.

Menu kampung asli di Seri Cempaka Apartment Hotel

Jika anda tinggal di kawasan Cheras atau berhampiran dengan Seri Cempaka Apartment Hotel, apa kata bawa keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama.

Pasukan dapur yang terdiri daripada 11 orang chef berpengalaman dalam bidang masakan menyediakan hampir 100 menu berbuka puasa setiap hari.

Pengurus Makanan dan Minuman (F&B),Mohd Nor Yacob berkata, setiap hari sepanjang Ramadan menu akan ditukar terutamanya hidangan utamanya.

“Ini adalah untuk memberi kelaianan dalam setiap tawaran hidangan kepada pengunjung,”katanya.

Menurutnya, antara hidangan yang mendapat sambutan saban tahun adalah ketam masak lemak nenas, kari kepala ikan buah pala, udang berlada, kambing masala dan seafood tempura.

“Menu tersebut dikekalkan atas permintaan menggalakkan daripada pengunjung Seri Cempaka Apartment Hotel,”katanya.
Beliau berkata, selain menu kampung asli, hidangan di sini juga berasaskan 1 Malaysia seperti Penang Yong Tau Foo dan kambing masala.

“Pengunjung tidak perlu pergi jauh semata-mata untuk menikmati hidangan tertentu, kerana di sini kami pelbagai cita rasa khas untuk penggemar hidangan tempatan,”katanya.
Raikan keluarga, rakan niaga di Hotel Concorde

Hotel Concorde, Kuala Lumpur menyediakan hidangan berbuka puasa bertemakan baazar hasil sentuhan chef selebritinya, Chef Abbas Ali Khuda Baksh di mana anda dapat menikmati hidangan resipi asli yang lazat.

Jika anda selalu berkunjung ke Hotel Concorde, pasti terbayang hidangan air tangan Chef Abbas Ali yang menjadi signature sperti sup gear box, shawarma istimewa, kambing panggang bersama nasi briyani dan ikan merah percik madu.

Pada Ramadan kali ini, Chef Abbas Ali yang sememangnya mempunyai pengalaman memasak untuk pembesar-pembesar dan keluarga diraja akan tampil bersama hidangan baru.

Beliau telah memasukkan 11 menu terbaik dari Semenanjung dalam hidangan bufet di Dari Dapur Chef Abbas. Jadi, anda bukan sahaja dapat menikmati kari Pulau Pinang, tetapi juga hidangan terkenald dari Pantai Timur seperti nasi kerabu biru dan gulai ikan tongkol.

Resipi sotong masak hitam di bawa khas dari Johor bersama botok- botok dan ketam berlado, rendang ayam pucuk ubi serta telur itik masak lemak belimbing yang terkenal di Negeri Sembilan.

Menu baru hidangan bufet yang lazat adalah seperti sup tulang sambal kicap, mee udang, mee Ketam, kambing kuzi berempah, gulai daging kerisik pucuk pisang, gulai tempoyak ikan keli, sambal perut terung asam, kambing masak kacang pool, udang masak peria putih, sayur lontong kering, pulut kuning dengan sambal ikan bilis, burung puyuh berempah, kepah goreng lada hijau dan satu lagi ramuan yang unik, ikan asam keladi.

Teratak Chef Abbas adalah satu lagi konsep di Ballroom Concorde yang diperkenalkan buat kali pertama. Ianya adalah satu konsep bazar yang menghidangkan pelbagai masakan gerai dengan suasana kampung

No comments:

Post a Comment