Monday 31 October 2011

KEMELUT TUNTUTAN TANAH DI PADANG SANAI

KEMELUT TUNTUTAN TANAH DI PADANG SANAI


ISU TUNTUTAN TANAH di Padang Sanai bukanlah satu isu yang terbaru, Pada tahun 1972 Allahyarham Datuk Syed Ahmad Syed Mahmud bekas Menteri Besar Kedah juga telah menerima satu memorandum  berkenaan isu tanah tersebut.

            Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, Universiti Utara Malaysia(IPDM UUM) itu sebelum ini tampil dan meminta semua pihak tidak menunding jari diantara satu sama lain serta meletakkan masalah isu Tanah di Padang Terap di atas bahu sesetengah pihak sahaja, namun mencari punca sebenar dan menyelesaikannya bersama masalah tersebut.

            Beliau adalah antara orang hadapan dan mewakili Kerajaan Negeri pada waktu itu untuk mewujudkan ladang dan kilang tebu di Padang Sanai dalam usaha mengekang asakan komunis di sekitar kawasan Padang Terap pada tahun 70-an.

            Pada 30 october 2011 Adun Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim juga telah mengadakan himpunan Gabungan Generasi            Hilang Tanah(Gagah) bagi menyerahkan tiga memorandum kepada Syarikat Perladangan yang mengusahan tanaman  getah, Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap dan kepada wakil Menteri Besar di Wisma Darul Aman. Alor Setar. Perhimpunan ini diadakan untuk menyampaikan suara hati penduduk Padang Sanai secara aman dan bukan untuk mencetuskan huru hara dan menggangu ketenteraman awam.

            Sewaktu penyerahan memorandum di serahkan, difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berada di Langkawi atas urusan rasmi dan memorandum diberikan kepada wakilnya di Wisma Darul aman.

            Dalam isu ini PAS Padang Terap juga telah berjanji pada PRU ke 12 yang lalu, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Kedah mereka akan membantu penduduk Padang Sanai menyelesaikan isu tanah tersebut. Malangnya “bagai menanam tebu di bibir

            *Sewaktu berlakunya isu ini, PPU dapati tiada seorang pun wakil dari PAS tampil mendengar masalah dan menyelesaikan isu tersebut.

            Ahli Parlimen Padang Terap iaitu Ustaz Nasir bin Zakaria juga telah menandatangani perjanjian pada satu surat bahawa Kerajaan Negeri akan membantu Penduduk bagi menyelesaikan isu tanah tersebut.

Bukti surat yang telah di cop dan ditangani oleh beliau:








PENDUDUK MULA SEDAR,DAN MENYERTAI UMNO


Oleh hal yang demikian, seramai 35 orang penduduk di Padang Sanai telah menyertai UMNO kerana tidak mahu lagi diri di tipu oleh sebuah parti yang tidak dapat membela nasib rakyat. Mereka juga berjanji tidak akan mengulangi kesilapan  dengan memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri  pada PRU ke 13 yang akan datang.

            Oleh itu, jom kita pakat-pakat kali h Kedah pada PRU yang akan datang kepada BARISAN NASIONAL, hanya UMNO/BN yang dapat membela nasib rakyat.



UMNO SENANG, KEDAH SENANG.


PPU(31 0CTOBER 2011. 12:09 HRS)

No comments:

Post a Comment