Friday, 28 October 2011

PESANAN TUN MAHATHIR BUAT RAKYAT DAN PEMIMPIN DI KEDAH.

TUN MAHATHIR pada pandangan PPU merupakan seorang cendiakan dan pemimpin Negara yang hebat. Pada perjumpaan bersama JKKKP dan SETIAUSAHA di dewan wawasan JItra pada 03/10/2011, tempoh hari, PPU sempat menghadirkan diri bagi mendengar beberapa nasihat dan pandangan daripada  beliau terhadap isu politik pada masa kini khususnya di kedah.
Tadi Masa Saya sampai, banyak kereta Parking  di luar, sampai saya nak parking pun susah”, itulah sindiran gurauan TUN terhadap orang ramai yang hadir pada majlis itu. Tun menjelaskan mengapa beliau bercakap hal demikian adalah kerana  itu adalah pertanda bangsa kita semakin bergerak maju,dan  tidak ketinggalan dari arus pemodenan teknologi dunia pada masa kini.
MELAYU MUDAH LUPA”ayat ini terus diungkapkan oleh TUN pada majlis tersebut, kata Tun pengalaman yang di lalui pada masa dahulu jangan biarkan ia terjadi pada masa kini, kerna yang demikian yang pahit dan susah itu telah kita bersama berjuang hingga kita senang pada masa kini,,, “MELAYU MUDAH LUPA”.
                Bercakap mengenai isu Politik di Kedah, TUN berkata SIKAP CANTAS MENCANTAS adalah factor kejatuhan BN Kedah pada PRU-12 yang lalu, sambil berceloteh dengan serius TUN sempat bercerita tentang seorang Lelaki pengutip buahan, yang setiap bulan mendapat hasil dari pokok-pokok di sebuah hutan, ketika lelaki tersebut mengutip buah tersebut,lelaki itu terpaksa menahan sakit di sengat oleh kerengga2 yang menghuni di pokok tersebut. Oleh kerana tidak tahan di sengat lelaki tersebut telah menebang pokok tersebut, lelaki tersebut merasa seronok dn berpuas hati kerana hasil yang diperolehi pada masa itu cukup banyak dan mengutungkan.
                Pada bulan berikutnya lelaki itu telah pergi semula ke hutan tersebut bagi mendapatkan hasil buaha2 tersebut, benar kata pepatah melayu dahulu “orang yang tamak selalu rugi” disebabkan lelaki itu telah menebang pokok buahan itu, maka pokok2 itu telah mati, hasil buahan2 yang yang diperolehi dari hutan tersebut pun sudah tiada. MASEJ YANG INGIN TUN SAMPAIKAN DALAM CERITA INI ADALAH: jangan biarkan kesenangan dan kebahagiaan yang di perolehi satu ketika dahulu susah di kemudian hari atas pemikiran kita yang singkat. TUN juga menyeru kepada semua orang ramai yang hadir pada majlis itu supaya buang sikap cantas mencantas jika mahu UMNO KEMBALI TAWAN KEDAH.
                 


UNDILAH ATAS NAMA PARTI BUKAN NAMA PEMIMPIN

Tun juga berpesan supaya rakyat di kedah khususnya ahli UMNO mengundi atas tiket PARTI bukan PEMIMPIN, “apabila kita mengundi parti kita,parti kita menang, sedikit demi sedikit kesenangan akan kita perolehi” kata TUN. Tambah Tun lagi, walaupun kita tidak suka pada pemimpin atau calon yang dipilih itu, kita harus mengundi atas dasar sayangkan parti, kerna setiap pemimpin yang di pilih itu adalah pemimpin yang di beri tanggungjawab untuk menjaga hak rakyat, sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara.


                PEMIMPIN DAN AKAR UMBI HARUS BERJUANG DENGAN IKLAS BUKAN KERANA INGIN MENDAPATKAN SESUATU,TETAPI BIARLAH KERANA KESEDARAN INGIN MEMPERJUANGKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

TUN berkata baik dari JKKKP hingga Pemimpin tertinggi jika dicabarnya supaya meletak jawatan pastinya ramai yang tidak mahu, dengan nada guruan TUN berkata “SAYA CABAR,SIAPA YANG MAHU MELETAK JAWATAN SEKARANG?? Tun bercerita zaman UMNO  sewaktu susah dahulu mereka berjuang bukanlah atas dasar untuk mendapat sesuatu,tetapi mereka sanggup melakukan apa saja demi parti,barang emas sanggup digadai demi menyelamatkan maruah parti,mahu menaikkan nama parti, asalkan parti yang mereka sayang ini terus mencipta nama.


PESANAN TUN SEBELUM MAJLIS BERAKHIR,
Kepahitan yang kita lalui pada masa ini jangan biarkan ia terus mencengkam dan belarutan hingga PRU-13 nanti, PASTIKAN BN TAWAN SEMULA KEDAH, TUN juga menyuarakan bahawa TUN yakin BN pasti dapat memenangi hati rakyat pada PRU akan datang,disamping itu, Tun yakin rakyat di kedah pasti sudah insaf dan mahu menolak kerajaan PAS pada PRU KE 13 nanti.

Pssttttt: BANGGA PPU DAPAT SALAM DAN CIUM TANGAN TUN PADA MAJLIS TERSEBUT…HEHEHE

P/S: JOM KITA KALIH KEDAH !!! BN MENANG, KEDAH SENANG!!!

No comments:

Post a Comment