Monday 23 April 2012

Bantahan terhadap Demontrasi Bersih 3.0


Sebuah pertubuhan NGO iaitu Alumni 4B Padang Terap telah membuat laporan Polis di Balai Polis Kuala Nerang  terhadap pihak yang cuba menyeru  rakyat untuk  menyertai demontrasi Bersih 3.0  di Kuala Lumpur.
Tujuan laporan Polis ini di buat adalah tanda bantahan rakyat terhadap Demontrasi  BERSIH 3.0 yang dibimbangi akan memecahkan perpaduan kaum dan keamanan negara Malaysia, dan harapan mereka adalah pihak berkuasa mengambil pendekatan sewajarnya demi menjaga kesejahteraan Negara.
Jika dilihat demontrasi sebegini boleh dikatakan demontasi yang tidak menguntungkan sesiapa, malah membawa banyak kerugian kepada aktiviti harian  penduduk setempat. Banyak cara lagi yang boleh di gunakan untuk mencapai visi dan misi kita, bukan dengan cara berdemotrasi sebegini. Justeru rakyat perlu sedar,bukan senang nak jadi senang,dan bukan susah nak jadi susah, pengorbanan kerajaan dalam urusan mentadbir  Negara selama ini haruslah di ucapkan terima kasih bukan di caci dan di hina.
Jadilah anak yang soleh,jangan jadi anak yang derhaka, kerajaan umpama ibu dan ayah kita,banyak jasa yang kerajaan telah sumbangkan kepada kita,pernahkah kita terfikir untuk menghargai jasa mereka? Apa sumbangan kita terhadap mereka? Guna hati,guna akal,moga kita beroleh jawapan.
TOLAK HIMPUNAN BERSIH 3.0 DARI PEWARIS PERJUANGAN UMNO.

No comments:

Post a Comment