Tuesday 15 May 2012

Isu Kuin bukan modal politik


Pembongkaran satu persatu kemelut melanda Kolej Universiti Insaniah(KUIN) termasuk kenaikan yuran pengajian pelajar dan masalah pembayaran gaji kakitangan bukanlah modal politik menjelang pilihanraya.
Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato Seri Mahazir Bin Khalid berkata,isu berkenaan adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil perhatian daripada semua pihak,terutama pengurusannya.
“Baguslah jika beliau (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) anggap sudah menguruskan Kuin dengan baik serta Berjaya. Saya bukan ingin kacau tetapi membantu supaya masalah yang berlaku dapat diselesaikan dengan elok,tetapi kita juga mahu tahu,apa yang dikatakan baik itu? Adakah fakulti sedia ada menunjukkan kejayaan membanggakan atau pengurusan Kuin sudah melaksanakan tugas dengan terbaik dari segi menguruskan kakitangan “katanya.
“Mereka yang datang mengadu tidak dapat bayaran gaji penuh. Contohnya gaji mereka RM500 untuk bayar kereta tetapi pada masa sama mereka turut mendapat surat dari bank kerana tiada pembayaran kereta dalam tempoh sepatutnya, kita bukan mahu mempersoalkan pentadbiran kerajaan Negeri sekarang,tetapi dalam soal ini jika boleh buat teguran untuk kebaikan kita akan buat, supaya mendapat perhatian pihak yang sepatutnya”, katanya.
Justeru jika difikir dan di renungkan, kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS dilihat gagal dalam melaksanakan pentadbiran negeri sehinggakan pembayaran kakitangan yang bertugas di Kuin pun mereka tidak dapat membayar gaji penuh,adakah ini yang dikatakan Kedah Sejahtera ?, di mana sejahtera yang di maksudkan oleh mereka?,ayuh rakyat negeri kedah,kita perlu mengkaji dan meneliti semula manifesto-menifesto yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat sebelum memerintah Negeri Kedah,adakah ia sudah terlaksana ?ataupun masih banyak ruang-ruang kosong yang belum mereka isikan ? jika masih banyak ruang yang mereka tinggalkan,eloklah sekiranya kita kembalikan kuasa kepada kerajaan Barisan Nasional agar ruang-ruang kosong itu terisi dan membawa hasil yang membanggakan kepada negeri dan rakyat kedah khususnya.

No comments:

Post a Comment