Sunday 20 May 2012

MB KEDAH TENAT

Dato Seri Azizan bin Razak kini dikatakan sedang tenat mengharungi pelbagai isu-isu yang melanda beliau dan dilihat isu-isu tersebut akan menyebabkan PR jatuh dan rebah pada PRU 13 nanti. Eloklah rasanya PR di kedah bersiap-siap berkemas untuk mengeluarkan semua barang di bangunan pentadbiran masing-masing kerna PRU 13 sudah hampir dan BN akan kembali menguasai pemerintahan di Kedah.
Isu KUIN dilihat memakan diri sendiri apabila PR sedang sibuk untuk memansuhkan PTPTN ,tetapi di kedah pula lain ceritanya apabila azizan sibuk untuk menaikkan yuran pengajian yang tinggi.  Menurut Dato Seri Mahazir bin Khalid, KUIN sekarang sedang menghadapi kemalut yang berpanjangan sejak PR memerintah negeri kedah. Kerajaan negeri dilihat cuba menaikkan yuran pengajian kerana tidak dapat membayar gaji kakitangan yang berkerja di KUIN.
Alahai inilah yang dikatakan KEDAH SEJAHTERA RAKYAT SENGSARA, berjuta-juta tan kayu balak dimusnahkan kononya kerajaan negeri kaya dengan hasil balak,justeru admin ingin menanyakan kepada azizan mana duit balak yang dikatakan ??,kalau benar hasil balak itu menguntungkan,kenapa gaji kakitangan KUIN tidak mampu dibayar?? Admin bukan mempoltikkan isu KUIN ini,tetapi,admin ingin memperjuangkan hak-hak kakitangan dan pelajar KUIN, fikirkanlah masa depan anak-anak pelajar KUIN, mereka ingin belajar,dan Berjaya di masa depan,dan adat bekerja,mestilah dibayar gajinya,oleh itu,kerajaan negeri di minta untuk membayar gaji kakitangan KUIN sepenuhnya,mereka ada tanggungjawab, jangan biarkan tanggungjawab mereka itu di abaikan.
Admin menyeru kepada seluruh rakyat di negeri kedah,fikir dan renungkan,kita memilih sesebuah parti itu bukan atas dasar kepentingan individu,tetapi atas dasar kemasyarakatan dan semangat cintakan permuafakatan yang gitu terhadap kita.
“Salah undi,negeri tergadai”

2 comments:

  1. selamat datang blogger baru mari kita sama2 pautkan blog kita untuk saling membantu dalam perjuangan. setuju
    http://pecahpalakmikir.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tulah....nabi pun dah kata.......tuntutlah ilmu seolah-olah anda akan hidup seribu tahun dan beramal ibadatlah seolah-olah anda akan akan mati esok hari.....So bila berpolitik jgn pandang satu hala sahaja....agama sahaja....duniawi pun kita kena fikir....Dalam kehidupan perlukan rumah, makan n kewangan tapi bkn bermakna kena fikir duit shj hingga bila x cukup wang gaji sanggup melakukan perkara yg di larang spt mencuri n rasuah.

    ReplyDelete