Saturday, 23 June 2012

Jerman mara ke separuh akhir


Jerman menepati statusnya sebagai pasukan pilihan apabila melayakkan diri ke separuh akhir Euro 2012 dengan menumpaskan Greece 4-2 dalam saingan suku akhir di sini, awal pagi tadi.
Selepas mendominasi sebahagian besar babak pertama, ketua pasukan dan tonggak pertahanan Jerman, Philipp Lahm berjaya meletakkan pasukannya mendahului 1-0 pada minit ke-39.
Begitupun penyerang Greece, Georgios Samaras mengejutkan lawan hanya 10 minit selepas separuh masa kedua disambung apabila menyamakan kedudukan 1-1 menerusi gerakan serangan balas.
Harapan Greece untuk melakar kejutan bagaimanapun tidak kesampaian apabila voli cantik Sami Khedira (61), tandukan Miroslav Klose (68) dan voli Marco Reus (74) meledak tiga gol untuk Jerman selesa mendahului 4-1.
Seminit sebelum tamat permainan, Greece dihadiahkan sepakan penalti selepas tendangan Vasilios Torosidis terkena tangan pertahanan Jerman, Jerome Boateng, dan Dimitris Salpingidis menyempurnakannya dengan baik tetapi ia sudah terlewat untuk juara Euro 2004 itu membuat kebangkitan.
Jerman kini akan menentang England atau Itali yang bakal berentap dalam satu lagi saingan suku akhir, esok.

No comments:

Post a Comment