Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Pas yang
mendakwa sebuah parti Islam tergamak mementingkan kepentingan parti
berbanding ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.
Perdana Menteri berkata, Pas sanggup mengutamakan fardu kifayah
berbanding fardu ain sedangkan Islam mensyaratkan ibadah haji tidak
boleh dilewat-lewatkan jika berkemampuan.
“Percayalah bahawa kerajaan sentiasa pertimbang semua faktor untuk
mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras
dengan kehendak Islam itu sendiri," kata beliau ketika berucap pada
majlis perasmian Sekretariat Ulama-Umara (Umum) di Pusat Dagangan
Dunia Putra di sini hari ini
No comments:
Post a Comment