Tuesday 12 February 2013

"Awang Kambing, Minah Gincu"

Seperti biasa, selesai mengepung kambing-kambing ternakkannya menuju ke padang ragut di hujung kampung, Awang akan duduk di bawah pohon muyu rendang yang terdapat di tengah padang. Sambil melihat kambing-kambing itu meragut rumput, dia termenung kepenatan. Sesekali kedengaran dia menyanyi kecil. Lagu 60 an barangkali. Tidak kisah. Janji dia sendiri terhibur.
Dari jauh, kelihatan gadis itu terkokoh-kocoh datang bersama pembantu peribadinya. Dengan kain merah terang yang ketat di peha, dengan kasut tumit tinggi ala-ala lady Gaga, dengan mekap seakan opera cina, dengan gincu yang bagai cat dinding, kelihatan seperti bintang utama sarkas sahaja. Sekejap terpelecok ke kiri, sekejap tersenget ke kanan kerana mengimbangi dirinya yang bertumit tinggi itu.


Awang menggeleng perlahan. "Dia mai pulak dah. Aku rimaih betoi la dengan dia ni. Duk ikut aku pasai pa tak tau? nak natang pa hah?" Awang menggaru kepala. Serabut barangkali. Lalu bangun dan mula gelisah.
Tersengih-sengih Si Minah Gincu itu dan berlari anak mendapatkan Awang. "Morning you...You sihat" Dia buat muka menggoda.
Si P.A nya pula jauh ketinggalan di belakang. Berjalan sambil menunjukkan riak geli geleman akibat terpaksa meredah padang ragut yang penuh dengan taik kambing itu.
"Hang nak pa lagi?awat duk ikut aku hah?tak puaih hati tang mana lagi? sat gi kalau tok aku nampak, mampuih aku. Sat gi dia marah aku duk layan orang gila macam hang..." Jujur betul Awang.
"Boleh tak you cakap bahasa Malaysia? i tak fahamlah" Berkerut-kerut wajah gadis itu.
"Lantaklah hang paham ka dak, malaih aku nak chara..."


 


Hasil Penulisan :
pena Aku Rusing

Ha...nak tau apa jadi? JOM terjah Facebook Penulisnya,, di  :

No comments:

Post a Comment