Saturday, 25 August 2012
Sunday, 12 August 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
IKLAS DARI ADMIN DAN TEAM ANGKATAN MEDIA BARU PADANG TERAP
Sunday, 29 July 2012
LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
SINOPSIS
CERAMAH
10
akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh
dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah
merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin.
Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan
yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di
dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman
Allah s.w.t.
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar
dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar.
Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para
malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka
untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab
turun surah al-Qadr
Lailatulqadar
mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000
bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada
Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah
menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah
menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka
orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan
ayat di atas.
Riwayat
yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah
menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama
80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para
sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu
kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik
dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril
berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang
engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat
amat gembira.
Daripada
ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang
yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai
beramal 1000 bulan.
Dalam
hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya:
"Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan
Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah
s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda
sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah.
Kata Aisyah r.a.
Maksudnya:
"Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda
mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan
keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud
bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan
Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana
mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya
bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai
jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya:
"Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan
sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman
dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya
yang terdahulu.
Rasulullah
s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar
terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf
di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam
Lailatulqadar yang mulia.
Ini
diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Katanya:
Maksudnya:
"Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh
memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam
hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam
Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir
daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam
yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan
Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan
bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah
s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23
Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah
s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai
masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda
menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari
keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa
malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun
yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap
dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati
10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana
dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan
dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang
itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa
khusus di Malam Lailatulqadar
Doa
tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1.
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya:
"Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya
saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya
akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa
yang berikut"
Maksudnya:
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan
salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah
silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim
ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang
yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat
yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih
bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu
terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun
beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar
akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui
atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut
di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1.
Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah
diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar
hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha
dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya.
Tanda
Malam Lailatulqadar
Para
alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung
dengan malam Lailatulqadar:
-
Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat
nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok
yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam
Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak
lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan
melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.
Thursday, 26 July 2012
Juadah seantero dunia
![]() |
| Kerjasama pakar di dapur pastinya menyajikan rasa enak kepada pelanggan. |
Apa salahnya jika sekali sekala dalam Ramadan, anda menikmati hidangan berbuka puasa di luar, kerana terdapat pelbagai pilihan juadah seantero dunia dengan hanya membayar satu harga.
Hotel Seri Pacific Tawar lebih 500 menu
Diketuai oleh Chef de Cuisine, Chef Saad Othman, pasukannya memberi sentuhan kreativiti kepada pelanggan bufet Ramadan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Menu Melayu tradisional seperti sayur pucuk ubi lemak pedas dengan tempoyak, Daging Berlada Deng- Deng, udang masak lemak bersama kacang panjang, batang keladi masak asam merupakan hidangan yang wajib dinikmati apabila berbuka puasa di sini.
Kambing panggang turut disediakan kepada pengunjung dan kepingan daging akan dihiris atas permintaan pelanggan bagi memelihara kesegarannya.
Hidangan lain termasuk sup gear box power, asam pedas, kari kepala ikan, sambal tumis kupang dengan bawang, perut lembu masak lemak rebung dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera anda.
Selain itu terdapat beberapa pilihan yang berkonsepkan gerai seperti noodles counter yang menawarkan pelbagai jenis pilihan mi dan laksa seperti mi rebus serta Laksa Johor.
Kepada penggemar manisan, terdapat pemilihan kuih Melayu dan puding sehingga penghilang dahaga kegemaran ramai air batu campur atau lebih dikenali sebagai ABC sesuai untuk dijadikan sebagai pencuci mulut.
Bagi menyegarkan tekak, anda boleh memilih minuman berjus kesukaan di Latar Kijang, Beverage Stesen.
Persembahan secara langsung daripada band muzik tetap hotel ini pasti memberididendangkan berunsurkan ketuhanan dan Aidilfi tri yang bakal menjelma.
Menu kampung asli di Seri Cempaka Apartment Hotel
Jika anda tinggal di kawasan Cheras atau berhampiran dengan Seri Cempaka Apartment Hotel, apa kata bawa keluarga untuk berbuka puasa bersama-sama.
Pasukan dapur yang terdiri daripada 11 orang chef berpengalaman dalam bidang masakan menyediakan hampir 100 menu berbuka puasa setiap hari.
Pengurus Makanan dan Minuman (F&B),Mohd Nor Yacob berkata, setiap hari sepanjang Ramadan menu akan ditukar terutamanya hidangan utamanya.
“Ini adalah untuk memberi kelaianan dalam setiap tawaran hidangan kepada pengunjung,”katanya.
Menurutnya, antara hidangan yang mendapat sambutan saban tahun adalah ketam masak lemak nenas, kari kepala ikan buah pala, udang berlada, kambing masala dan seafood tempura.
“Menu tersebut dikekalkan atas permintaan menggalakkan daripada pengunjung Seri Cempaka Apartment Hotel,”katanya.
Beliau berkata, selain menu kampung asli, hidangan di sini juga berasaskan 1 Malaysia seperti Penang Yong Tau Foo dan kambing masala.
“Pengunjung tidak perlu pergi jauh semata-mata untuk menikmati hidangan tertentu, kerana di sini kami pelbagai cita rasa khas untuk penggemar hidangan tempatan,”katanya.
Raikan keluarga, rakan niaga di Hotel Concorde
Hotel Concorde, Kuala Lumpur menyediakan hidangan berbuka puasa bertemakan baazar hasil sentuhan chef selebritinya, Chef Abbas Ali Khuda Baksh di mana anda dapat menikmati hidangan resipi asli yang lazat.
Jika anda selalu berkunjung ke Hotel Concorde, pasti terbayang hidangan air tangan Chef Abbas Ali yang menjadi signature sperti sup gear box, shawarma istimewa, kambing panggang bersama nasi briyani dan ikan merah percik madu.
Pada Ramadan kali ini, Chef Abbas Ali yang sememangnya mempunyai pengalaman memasak untuk pembesar-pembesar dan keluarga diraja akan tampil bersama hidangan baru.
Beliau telah memasukkan 11 menu terbaik dari Semenanjung dalam hidangan bufet di Dari Dapur Chef Abbas. Jadi, anda bukan sahaja dapat menikmati kari Pulau Pinang, tetapi juga hidangan terkenald dari Pantai Timur seperti nasi kerabu biru dan gulai ikan tongkol.
Resipi sotong masak hitam di bawa khas dari Johor bersama botok- botok dan ketam berlado, rendang ayam pucuk ubi serta telur itik masak lemak belimbing yang terkenal di Negeri Sembilan.
Menu baru hidangan bufet yang lazat adalah seperti sup tulang sambal kicap, mee udang, mee Ketam, kambing kuzi berempah, gulai daging kerisik pucuk pisang, gulai tempoyak ikan keli, sambal perut terung asam, kambing masak kacang pool, udang masak peria putih, sayur lontong kering, pulut kuning dengan sambal ikan bilis, burung puyuh berempah, kepah goreng lada hijau dan satu lagi ramuan yang unik, ikan asam keladi.
Teratak Chef Abbas adalah satu lagi konsep di Ballroom Concorde yang diperkenalkan buat kali pertama. Ianya adalah satu konsep bazar yang menghidangkan pelbagai masakan gerai dengan suasana kampung
Saturday, 21 July 2012
Kelebihan Ramadan
- Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
- Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
- Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
- (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan
engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah
menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah
Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah
kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
- (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan
dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
- Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
- Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
- Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
- Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
- Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
- Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
- Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
- Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
- Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
- Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
- Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
- Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
- Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
- Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
- Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
- Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
- Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
- Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
- "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
- "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
- "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
- "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
- Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
- Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
- Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
- Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
- Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
- Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi
Wednesday, 18 July 2012
Batuk Tanda Kanser ?
Batuk seringkali dikaitkan dengan rasa sakit dada dan keperitan di
tekak. Ia adalah salah satu gangguan kesihatan yang 10 kali lebih kerap
dideritai oleh kaum Adam berbanding wanita.
Biasanya kesakitan akan lebih dideritai individu apabila mereka meneran atau menahan batuk tersebut daripada 'dilepaskan' secara normal.
Golongan lelaki yang mempunyai batuk yang berlarutan lazimnya adalah perokok tegar yang berkemungkinan besar akan menghidap kanser paru-paru.
Di Malaysia, sebanyak 50 peratus perokok adalah perokok dewasa yang aktif dan 75 peratus daripadanya difahamkan menghidap penyakit kanser paru-paru.
Pakar Radiologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Dr. Sivakumaran Karupayah berkata, punca utama pesakit kanser paru-paru dikaitkan dengan tabiat merokok, suasana di tempat kerja yang tidak kondusif, radiasi atau faktor keturunan.
"Kebanyakan perokok yang aktif merokok berisiko tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan ini selalu dikaitkan dengan lelaki, manakala perempuan peratusannya sedikit rendah.
"Kajian saintifik menunjukkan bahawa terdapat begitu banyak bahan kimia berbahaya terkandung di dalam rokok.
"Antara simptom-simptom lain yang dapat dikenal pasti jika pesakit membuat rawatan awal ialah penurunan berat badan, selera makan berkurang, demam, warna kuku berubah menjadi kebiruan dan batuk berdarah," katanya.
Menurut Dr. Sivakumaran, pesakit dinasihatkan berjumpa doktor pakar pada peringkat awal untuk mengenal pasti jenis batuk bagi mengelakkan berlakunya batuk berdarah seterusnya mendapat kanser paru-paru.
Pesakit yang tidak mengambil langkah-langkah awal jelasnya, dikhuatiri hanya mempunyai 30 peratus sahaja peluang untuk hidup.
Katanya, walau untuk tujuan apa sekalipun, merokok pastinya menimbulkan banyak masalah kepada manusia bukan sahaja dari aspek kesihatan malah sosial.
"Perokok pasif atau mereka yang dikelilingi perokok aktif terdedah kepada risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung, masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis, sakit atau pedih mata, bersin dan batuk-batuk, sakit kerongkong dan sakit kepala," katanya.
Imbas kanser
Justeru itu, atas kesedaran masyarakat setempat, Pusat Perubatan Tropicana Kota Damansara kini membuat satu kempen rawatan pengimbasan kanser paru-paru bagi mereka yang berumur lingkungan 50-70 tahun bermula 16 Mei lalu sehingga 16 November ini.
Pesakit juga akan mendapat tawaran harga istimewa di mana harga biasa sebelum ini ialah RM400 tetapi kini mereka yang berminat untuk melakukan imbasan hanya perlu membayar RM115 sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03- 62871111 untuk mendapatkan sebarang keterangan.

Thursday, 12 July 2012
Hukum Meniup Lilin Hari Lahir
Soalan:
Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi….setengah orang cakap tak boleh…kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?
Jawapannya:
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin dia berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.
Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.
Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?
Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.
Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.
Sumber: http://www.ustaznoramin.com/
Sunday, 8 July 2012
TERAP BIKERS kelab motosikal berkuasa tinggi
Tahniah dan syabas kepada Team motosikal berkuasa tinggi (TERAP BIKERS) dari Daerah Padang Terap kerana telah berjaya melangsungkan mensyuarat agung kali pertama pada 06.07.2012 di rumah seorang sahabat Terap Bikers di Kubur Panjang. Admin turut berkelapangan mengikuti convoi bersama mereka dari simpang empat Naka menuju ke sebuah sekolah agama di Jeneri bagi memenuhi tuntutan ziarah ke rumah seorang sahabat mereka di sana. Bagi admin Terap Bikers ini adalah satu kelab yang amat baik dan perlu di teruskan. Dari segi info yang di perolehi convoi Terap Bikers telah menjelajahi ke setiap pelusok di negeri Kedah antaranya :
1. Convoi ke Ladang Anggur,Tasik Beris.
2. Convoi ke Pulau Sayak, Kuala Muda, Yan.
3. Makan Ikan Bakar Di Perlis.
4. Convoi ke Baling.
5. Convoi Perarakan Pengantin.
6. Sumbangan Kebajikan Ahli Terlibat Kemalangan
(RM 100 )
7. Sumbangan Isteri Ahli Bersalin.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada semua ahli Terap Bikers dari Angkatan Media Baru Padang Terap dengan penubuhan kelab motosikal berkuasa tinggi ini.
Wednesday, 4 July 2012
petua ringkas menurunkan berat badan
Perbincangan mengenai cara menurunkan berat badan
seringkali kita dengar baik di kalangan kaum Adam mahupun Hawa. Isu ni
sungguh universal. Kalau anda lihat di pasaran pun, pelbagai produk
telah diperkenalkan untuk disasarkan kepada golongan yang mengalami
masalah berat badan berlebihan ni. Cuma persoalan utama sekarang ni,
sama ada ianya berkesan atau tidak. Mungkin ramai yang mengeluh kerana
dah cuba pelbagai produk, namun hasilnya masih mengecewakan.
Sebagai
alternatif, saya sarankan anda gunakan saja bahan semulajadi. Lebih
mudah, murah dan selamat. Cuma anda perlulah rajin untuk menyediakan
bahannya sendiri (d.i.y) nanti, okay. :)Jen...jeng...jeng.. bahan yang anda perlukan adalah sama ada limau nipis ataupun limau kasturi.
Apa yang perlu anda buat sekarang ialah sediakan air limau nipis ataupun air limau kasturi.
Caranya:
Anda ambil 2 biji limau nipis/kasturi dan perahkan airnya ke dalam gelas. Kemudian campurkan perahan limau tadi dengan segelas air suam atau sejuk dan kacau.
Akhir sekali,
minumlah air limau ni setiap hari selepas makan. Sekurang-kurangnya,
tunggu dulu 30 minit selepas makan, barulah diminum air limau tu.
Amalkan sehinggalah berat badan anda menurun sedikit demi sedikit. Ermmm...banyak juga khasiat air limau nipis ni yer. :p
Monday, 2 July 2012
Khasiat kurma Ajwa & madu Sidr
ADAKAH berat badan anda berkurang atau makin
bertambah menjelang Aidilfitri? Kedua-dua keadaan ini boleh berlaku
disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Ramadan. Namun lebih ramai yang
cenderung menambah berat badan gara-gara membeli makanan tidak menilai
keperluan tetapi lebih kepada selera.
Amalan pemakanan Rasulullah SAW iaitu dengan mengambil kurma dan madu sepatutnya menjadi contoh.
Menurut Pengarah Eksekutif pengedar utama kurma Ajwa dan madu Sidr asli, Rasa Resources Sdn. Bhd., Abdullah Abdul Jalil, kurma adalah makanan organik sempurna kerana ia sejenis buah yang mengandungi pelbagai mineral dan vitamin, kaya dengan antioksidan seperti beta-karotena, lutein dan zeaxanthin.
''Antioksidan mempunyai keupayaan untuk membantu melindungi sel dan struktur lain dalam tubuh agar bebas daripada radikal oksigen dan mencegah penyakit seperti kanser kolon, prostat, payu dara, endometrium, paru-paru dan pankreas," ujarnya.
Kurma Ajwa mempunyai fadilat seperti menguatkan urat perut, mengendurkan urat saraf dan melembutkan perangai.
Ajwa sejenis kurma lembut dan kering yang ditanam di kota Madinah. Dalam sejarah ada menyebut, kurma Ajwa yang pertama ditanam oleh Rasulullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah.
DisembuhkanMenurut Abdullah, madu Sidr pula paling jarang ditemui dan mempunyai nilai yang tinggi.
"Ia memang sentiasa dicari oleh pencinta madu kerana rasanya yang unik di samping banyak faedah kesihatan," katanya.
Tambah Abdullah, madu ini daripada lebah yang hanya memakan bunga daripada pokok Sidr yang berasal dari Hadramaut, Yemen.
Ia cecair pekat yang telah menjadi sebahagian daripada perubatan tradisional bangsa Arab, Syria, Cina, Greek dan Rom kuno untuk merawat luka dan penyakit usus.
Tokoh perubatan Islam, Ibnu Sina turut menyenaraikan insomnia sebagai antara penyakit yang boleh disembuhkan melalui pengambilan madu .
Biarpun tidak terbukti secara saintifik bahawa madu dapat menyembuhkan insomnia, terdapat enam jurnal perubatan yang menggambarkan madu sebagai sumber yang mempunyai unsur antibiotik.
Dalam pada itu, Rasa Resources turut menerima tempahan hamper atau cenderahati kurma Ajwa dan madu Sidr sempena Ramadan dan hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Sham di talian 012-6642393 atau melayari www.rasaquest.com.

Friday, 29 June 2012
Terkini Osman Kering Meninggal Dunia 29 Jun 2012
Terkini Osman Kering Meninggal Dunia 29
Jun 2012. Pada hari ini, kita telah dikejutkan lagi dengan berita
kematian pelakon dan pelawak Osman Kering. Perkara ini telah diumumkan
sendiri oleh Zed Zaidi melalui akaun twitternya. Berita ini telah
disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada
Zed Zaidi. Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Untuk
makluman anda, Osman Kering telah meninggal dunia kira-kira jam 3.45
petang tadi dan sekarang jenazah masih di HUKM dan akan dibawa ke Masjid
Najihin Cheras.
Sumber: Terkini Osman Kering Meninggal Dunia 29 Jun 2012 | melvister.com
AMB PADANG TERAP sokong Dato Seri Najib
ANGKATAN MEDIA BARU PADANG TERAP AKAN TETAP MENYOKONG KEPIMPINAN YAB DATO SERI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Thursday, 28 June 2012
kenali PARTI yang dinamakan PAS ??
Di Malaysia, jemaah PAS telah menamakan partinya sebagai
Parti Islam. Namun dari segi nama memang parti PAS adalah Parti Islam, tetapi
ciri-ciri yang sepatutnya terdapat pada sesebuah Parti Islam yang sebenar itu
tidak ada pada parti PAS, sebab itu ia tidak layak dianggap sebagai parti Islam
atau Jemaah Islamiah yang hakiki.
Sesungguhnya dasar, teknik, kaedah, sifat, pendekatan, matlamat dan
lain-lainnya, terlalu berbeza jikalau dibandingkan dengan Jemaah Islamiah yang
sebenar dengan parti politik PAS.
Jemaah
Islamiah atau parti Islam bukan terletak kepada nama semata-mata, bahkan turut
tertakluk kepada ciri-cirinya. Kalau namanya sahaja lslam sedangkan dasar,
uslub, teknik dan pendekatan perjuangannya tidak Islamik, maka ia bukan Jemaah
Islamiah atau Parti lslam. Oleh itu, kita jangan mudah keliru dengan label
lslam yang dipakai, sebaliknya lihatlah pada amalan harian pemimpin serta
anggota-anggota parti berkenaan.
Sejak
akhir-akhir ini, PAS berani mendakwa yang ia adalah "Parti Islam".
Golongan yang berani mendakwa sedemikian ialah terdiri daripada yang mereka
namakan ulama dan pemimpin PAS kini. Pada
peringkat awal Penubuhan PAS dulu, mereka hanya mengatakan bahawa Parti PAS
adalah merupakan pakatan orang-orang Islam sahaja, padahal minda dan syakhsiah peribadi
pemimpin-pemimpin PAS serta ahli-ahlinya yang pertama dulu adalah lebih baik jikalau dibandingkan dengan akhlak dan budi bicara pemimpin dan penyokong
PAS sekarang.
Memang
semua orang berhak mendabik dada mengatakan partinya benar dan mengikut Rasulullah. Tetapi kebenaran adalah milik Allah,
pengukur yang sebenar ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.
Bertolak dari sini marilah sama-sama kita mengkaji tentang
kenapakah parti PAS ditubuhkan? Selepas
itu, kita mengkaji pula cara-cara perjalanannya, adakah ia sesuai dengan
kehendak Allah dan Rasul-Nya?
Sesungguhnya
pada hakikat keadaan penubuhan parti PAS tidak lebih daripada hanya sebuah organisasi
serpihan UMNO. Ia sekadar merupakan sebuah organisasi segelintir bangsa Melayu
yang kecewa dengan organisasi bangsa Melayu yang lain. Adalah dimaklumkan, walaupun parti PAS dicipta
atas kehendak sedemikian, namun jikalau parti PAS dapat memenuhi ciri-ciri
Parti Islam tulen sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah s.wt. maka ia juga
boleh dianggap Jemaah Islamiah.
Apa yang jelas ialah,
organisasi parti PAS telah menerima perjuangan berdasarkan sistem demokrasi. Tindak-tanduknya
juga jauh menyimpang daripada menghayati dan mencontohi sirah Rasulullah s.a.w atau mengikut ijma'fi'li (perbuatan para sahabat Nabi s. a. w.). Untuk itu
marilah kita sama-sama mengkaji satu persatu secara ilmiah demi menentukan
adakah Parti PAS benar-benar berjuang mengikut landasan dan menepati ciri-ciri
Jemaah Islam tulen.
Mengenal Parti PAS
Perjuangan parti PAS
bukanlah untuk membentuk peribadi dan rumahtangga Muslim. Bahkan sasaran pemimpin PAS yang utama
adalah untuk mengislamkan pentadbiran negara, melaksanakan hukum hudud dan takzir,
yakni hukuman yang ada hubungan dengan negara semata-mata, pada hal Islam
bermula daripada peribadi Muslim dan rumahtangga Muslim barulah tertegak negara
Islam.
Satu ketika dulu gendang
"hukum hudud" dicanang habis-habisan sehingga mereka terlupa kepada
soal-soal ibadah pemimpin dan ahli-ahlinya, kerohanian, akhlak, khidmat
masyarakat dan kasih sayang sesama mereka dan juga sesama golongan Islam yang lain. Mereka lupa kepada akhlak pemimpinnya yang
suka bahkan mengizinkan memaki, menghina dan merendah-rendah orang lain,
menuduh golongan yang tidak menyokong jemaah politik mereka sebagai kafir, taghut
dan menentang lslam. Mereka sengaja
melupakan ayat-ayat Allah yang telah menggaris lebih awal lagi; bahawa orang lslam
tidak boleh menghina kumpulan atau individu lain, kerana mungkin kumpulan mereka
lebih baik. Mereka juga lupa kepada arahan
Allah agar jangan memaki-hamun walaupun kepada berhala yang disembah oleh
orang-orang yang bukan Islam demi menjaga akhlak dan tutur kata umat Islam dan juga
hikmat-hikmat lain. Jikalau kepada berhala yang jelas batil itu pun Allah
melarang menggunakan perkataan yang tidak sopan terhadapnya, maka adakah boleh kita
memaki hamun kepada sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada manusia yang
sama-sama berkiblat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh para pemimpin
PAS?
Ayat al-Qumran yang melarang daripada memaki orang lain.
Maksudnya:
" Dan
janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena
mereka nanti akan memaki/mencerca Allah
dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat
menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali
mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah al-An'aam ayat 108)
Ayat al-Quran yang melarang daripada menghina orang lain.
Maksudnya:
" Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan
orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan
itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan
kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah
suka mencela dirimu sendiri (maksudnya ialah mencela antara sesama mukmin
kerana orang-orang mukmin laksana satu tubuh) dan jangan memanggil dengan
gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang
buruk sesudah iman (maksud panggilan buruk ialah gelaran yang tidak disukai
oleh orang yang digelari, seperti satu panggilan kepada orang yang sudah beriman
dengan panggilan seperti : hai fasik, hai kafir dan sebagainya) dan barangsiapa
yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah
al-Hujurat ayat 11)
Firman Allah lagi yang
bermaksud:
" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan
purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan
janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama
lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang
sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hujurat ayat 12)
Ayat Allah menyuruh bercakap haik.
Maksudnya:
Wednesday, 27 June 2012
KERETA NO FLAT AEB 8677 HILANG !
NO FLAT: AEB 8677
JENIS: ISWARA EROBACK
WARNA: HIJAU MATALIK
PENGECAMAN: 1. KEMEK DI PINTU SEBELAH PENUMPANG HADAPAN
2. ADA RETAK SIKIT DI CERMIN HADAPAN, DEPAN SIT PENUMPANG DEPAN.
TARIKH HILANG: 23/6/2012
MASA HILANG: 4 PAGI
TEMPAT KEJADIAN: KG TRADISI, CHANGLUN, KEDAH
Tolong report ke balai polis terdekat jika lihat kereta nie ye... tq

Monday, 25 June 2012
Ramainya artis lupa diri
Baru-baru ini Mangga Muda duduk melepak bersama beberapa rakan
wartawan majalah hiburan popular. Majalah itu dapat sambutan sebab
banyak wajah-wajah baru yang mereka perkenalkan. Walaupun ada artis yang
belum teruji bakat lakonan mereka, majalah itu tetap memberi peluang.
Yalah masa itu majalah lain serta wartawan hiburan di akhbar tidak
pandang sangat.
Ramai artis terutamanya pelakon baru yang semakin hari semakin popular. Bukan nak kata kerana publisiti oleh majalah itu, tapi sedikit sebanyak ada juga sumbangannya. Publisiti mereka juga semakin banyak. Memang mereka sibuk dengan undangan berlakon di sana-sini. Alhamdulillahhlah kalau semakin popular. Tapi yang tak sedapnya, ramai yang mudah lupa jasa, bila nama mereka semakin popular.
Bila dah dapat peluang di banyak majalah, undangan pihak majalah yang pertama kali memilih mereka tidak lagi diendahkan. Agaknya mereka sudah fikir yang nama semakin popular dan tak mahu wajah muncul dalam majalah yang memuatkan banyak muka baru itu. Eeee... tak kenang jasa dan lupa daratan namanya itu. Rata-rata pelakon kekwat tu daripada kalangan pelakon wanita. Pelakon berangan namanya.
"Ramai juga pelakon wanita yang buat tak layan bila kami tanya pasal mahu merakam gambar mereka. Senyap sepi dan bagi alasan sibuk berlakon, tapi saya lihat ada juga masa mereka untuk tampil dalam majalah lain. Bukan nak mengungkit, tapi semasa mereka awal-awal jadi pelakon dulu, tak ada yang pandang pun. Kami yang banyak bagi peluang kepada mereka. Sekarang bila dah ada nama, mereka macam tak pandang kami lagi," kata wartawan majalah itu yang manja imejnya.
Ada juga yang terang-terang memberitahu orang lain yang mereka tak mahu lagi muncul dalam majalah itu. Alasannya tak diberitahulah juga. Agaknya pelakon-pelakon yang menyombong tu tak tahu hakikat bahawa majalah itulah yang paling tinggi jualannya berbanding majalah hiburan lain yang ada di pasaran.
Mangga Muda: Dah banyak artis lupa diri yang cepat lalui zaman kemuncak. Tiba-tiba sahaja hilang dari pandangan. Makanlah sombong itu ya.

25 ahli Pas sertai UMNO Merbok
Ekoran sudah muak dengan janji-janji pemimpin Pas yang tidak pernah
ditunaikan, seramai 25 ahli Pas di Kampung Teluk Che Lela dan Kampung
Gelam di Mukim Bujang dekat sini menyertai UMNO setelah lebih 15 tahun
menyertai Pas.
Salah seorang daripada mereka, Abdul Mutalib Jaafar, 55, dari Kampung Gelam berkata beliau mengambil keputusan tersebut setelah berbincang dengan rakan-rakannya.
"Saya sebelum ini sudah tiga kali mengundi calon Pas dalam setiap pilihan raya umum," katanya selepas menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md Zain di Dewan UMNO Kampung Teluk Che Lela semalam

PM terkejut Pas pentingkan parti berbanding haji
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau terkejut apabila Pas yang
mendakwa sebuah parti Islam tergamak mementingkan kepentingan parti
berbanding ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima.
Perdana Menteri berkata, Pas sanggup mengutamakan fardu kifayah berbanding fardu ain sedangkan Islam mensyaratkan ibadah haji tidak boleh dilewat-lewatkan jika berkemampuan.
“Percayalah bahawa kerajaan sentiasa pertimbang semua faktor untuk mengadakan pilihan raya dan saya akan pastikan pertimbangan itu selaras dengan kehendak Islam itu sendiri," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Sekretariat Ulama-Umara (Umum) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini

Perjuangan UMNO tegak syiar Islam
UMNO, yang menjadi tunjang parti pemerintah, secara berterusan
menegakkan syiar Islam sehingga Malaysia kini menjadi sebuah negara
Islam contoh, kata tokoh akademik.
Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Datuk Prof Madya Dr Mizan Hitam, berkata sejak ditubuhkan pada 1946, UMNO tidak terpisah daripada perjuangan untuk memartabatkan Islam kerana UMNO adalah parti orang Melayu. "UMNO itu parti orang Melayu dan Melayu di Malaysia tidak boleh dipisahkan daripada Islam, itu jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. "Melayu dalam Perlembagaan mesti beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Jadi rumusannya, orang Melayu di Malaysia dia beragama Islam manakala parti orang Melayu... sejarahnya ialah UMNO," katanya.
Mizan berkata, dalam konteks sejarah kewujudan UMNO, tidak timbul parti itu tidak Islamik hanya kerana penubuhannya atas prinsip perjuangan Islam cuma dilabelkan atas nama perjuangan bangsa.
"Pada peringkat awal, UMNO dan PAS berada dalam Perikatan... boleh saya katakan (kedua-dua parti mempunyai) ideologi politik yang hampir sama cuma yang bezanya UMNO berteraskan kebangsaan Melayu, PAS berteraskan perkataan Islam," katanya.
"Islam adalah agama persekutuan, jadi bermakna UMNO mempertahankan agama Islam. Bila Islam menjadi agama persekutuan bermaksud UMNO ada kekuatan untuk memperjuangkan Islam tanpa ada rasa was-was dengan bangsa lain kerana itu hak dalam perlembagaan," katanya.
Beliau berkata, dasar pembangunan yang dilaksanakan UMNO sejak kemerdekaan menjurus kepada pembangunan ekonomi dan pengurusan kekayaan negara yang selaras dengan ajaran Islam.
Syiar Islam di negara ini terus berkembang dan mengangkat martabat Malaysia ke persada antarabangsa sebagai sebuah negara Islam yang berjaya, katanya.
"Walaupun ia bersifat syiar Islam, Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa berkekalan sehingga hari ini, walaupun ia tidak ada dalam syariat Islam... tetapi syiar itu mengangkat martabat Malaysia ke persada dunia," kata Mizan.
Beliau berkata, perjuangan UMNO dalam memartabatkan Islam turut menyaksikan kekuatan institusi agama dalam kerajaan diperkukuhkan dan proses Islamisasi dalam negara meliputi sistem pentadbiran, ekonomi dan kewangan negara.
"... UMNO melalui kerajaan yang memerintah berjaya melaksanakan sistem ekonomi Islam, contohnya Bank Islam, sistem perbankan Islam, yang akhirnya bank konvensional juga menyediakan kaunter perbankan Islam... itu bukti yang saya fikir tidak boleh sesiapa nafikan," katanya.
Mizan berkata, begitu juga dengan pewujudan Hab Halal yang bukan saja menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran produk halal tetapi turut membentuk ekosistem ekonomi Islam.
Beliau berkata, konsep wasatiyyah atau sederhana yang diketengahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah satu prinsip bernegara tentang bagaimana orang Islam menjalankan tanggungjawabnya dan memberikan hak kepada orang bukan Islam dalam hidup bernegara.
Ini menjadikan Malaysia sebagai rujukan kepada negara lain, katanya.
Mizan berkata, UMNO memberikan sumbangan besar dalam sistem pendidikan negara dengan menyediakan sistem pendidikan terbaik dan seimbang sehingga berjaya melahirkan tokoh yang menjadi pemimpin pelbagai organisasi, industri, kemasyarakatan untuk memacu pertumbuhan pembangunan negara.
Mizan berkata, semua pimpinan UMNO juga mesti menjadi contoh kepada masyarakat sebagai tokoh pemimpin Islam di setiap peringkat.
Bagi memenangi hati orang Melayu, beliau berkata pemimpin UMNO di semua peringkat mesti berada dalam organisasi masyarakat termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), jawatankuasa masjid dan surau untuk memastikan perjuangan UMNO terus relevan.
"Ini penting kerana di sinilah kekuatan Melayu Islam. Kalau UMNO mula meninggalkan institusi masjid dan surau, kekosongan itu akan diisi oleh pemimpin parti lawan," katanya.

Saturday, 23 June 2012
Jerman mara ke separuh akhir
Jerman menepati statusnya sebagai pasukan pilihan apabila melayakkan
diri ke separuh akhir Euro 2012 dengan menumpaskan Greece 4-2 dalam
saingan suku akhir di sini, awal pagi tadi.
Selepas mendominasi sebahagian besar babak pertama, ketua pasukan
dan tonggak pertahanan Jerman, Philipp Lahm berjaya meletakkan
pasukannya mendahului 1-0 pada minit ke-39.
Begitupun penyerang Greece, Georgios Samaras mengejutkan lawan hanya
10 minit selepas separuh masa kedua disambung apabila menyamakan
kedudukan 1-1 menerusi gerakan serangan balas.
Harapan Greece untuk melakar kejutan bagaimanapun tidak kesampaian
apabila voli cantik Sami Khedira (61), tandukan Miroslav Klose (68) dan
voli Marco Reus (74) meledak tiga gol untuk Jerman selesa mendahului
4-1.
Seminit sebelum tamat permainan, Greece dihadiahkan sepakan penalti
selepas tendangan Vasilios Torosidis terkena tangan pertahanan Jerman,
Jerome Boateng, dan Dimitris Salpingidis menyempurnakannya dengan baik
tetapi ia sudah terlewat untuk juara Euro 2004 itu membuat kebangkitan.
Jerman kini akan menentang England atau Itali yang bakal berentap dalam satu lagi saingan suku akhir, esok.
Friday, 22 June 2012
Papan tanda pertabalan Agong diconteng
Naka - Jabatan Penerangan Kedah kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak mencemarkan papan tanda pertabalan Yang di-Pertuan Agong dengan perkataan yang mempunyai unsur politik.
Pengarahnya, Dr Haniff Hassan berkata, contengan pada papan di lokasi yang berjarak kira-kira 100 meter dari Bulatan Persimpangan Naka/Padang Kerasak, Padang Terap itu disedari Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap di Kuala Nerang, semalam. “Paparan itu diconteng oleh individu tidak bertanggungjawab dengan perkataan ‘Undilah Pas’ dan ‘Syurga’, dengan menggunakan semburan cat warna hijau. Kita tidak menuduh manamana parti politik terlibat dalam hal ini,” katanya.
Haniff berkata, perbuatan itu amat dikesali kerana tindakan menconteng paparan itu dengan perkataan politik adalah tidak wajar kerana institusi istana adalah bebas daripada kaitan dengan mana-mana parti politik.
“Kita kecewa lebih-lebih lagi kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Sultan Kedah, dan perkara ini pula berlaku di negeri baginda sendiri. Saya percaya perkara itu dilakukan oleh rakyat Kedah kerana insiden ini berlaku di sini,” katanya.
Menurutnya, pihaknya kesal kerana rakyat negeri ini sanggup bertindak demikian semata-mata mempunyai agenda politik seolah-olah cuba mengheret institusi raja dalam kancah politik.
“Kita percaya jika perkara ini dipersembahkan kepada Tuanku, mungkin baginda akan murka, Sehubungan itu, kita berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)